RAUB: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta segera menaik taraf 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) supaya lebih mesra penghuni, tidak lagi seperti penjara sejajar kelulusan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Presiden Majlis Lembaga Pelawat Agensi Anti Dadah Malaysia (MALPAM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, akta berkenaan yang diluluskan Parlimen pada 16 Julai lalu menjadi indikator kepada peningkatan perkhidmatan dan hala tuju lebih mampan Puspen.…