JOHOR BAHRU: Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin, di sini yang didapati dicemari bakteria E-Coli ditutup hingga Januari tahun depan bagi membolehkan kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, langkah itu bagi memastikan venue itu benar-benar bersih dan selamat untuk digunakan sebelum dibuka kepada umum. Katanya, antara kerja penambahbaikan yang akan dilakukan ialah penukaran sistem anti…










