GUA MUSANG: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri
Mohd. Rizwadi Ismail mahu menggunakan pengalamannya sebagai bekas anggota tentera untuk memberikan khidmat terbaik jika diberi mandat sebagai wakil rakyat pada 17 Ogos ini.
Mohd. Rizwadi berkata, pada sama sama pengalaman dakwah semasa menggalas tugas sebagai pengelola dakwah halaqat akan turut dimanfaatkan untuk menabur bakti.
“Tentera di tegas, tapi tak bekeng (garang), namun dalam hati ada taman. Tengok bos saya (Datuk Khlir) muka bekang, nak tengok pun takut.
“Bila bersama masyarakat dia lain,” katanya semasa berucap di Unit Daerah Mengundi (UDM) Serian di sini malam tadi.
Mohd. Rizwadi memberitahu, dunia politik yang mahu beliau bawa ialah kearah dunia dan akhirat bagi mencari reda Allah.
PRK Nenggiri Mohd. Rizwadi akan ditentang calon BN Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) lalu, calon PN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab. Aziz Yusoff.
Media sebelum itu melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.
Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi Abu Naim.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.-UTUSAN










