PN mesyuarat draf MoU peruntukan minggu ini

PN mesyuarat draf MoU peruntukan minggu ini

Petisyen ugutan
TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat pada ming­gu ini berhubung Draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, beliau telah menerima draf tersebut dan akan bermesyuarat pada minggu ini bagi mencapai kata putus berhubung perkara tersebut.

“Ya, saya dah terima dan akan bincang dalam waktu terdekat. (Mesyuarat) Insya Allah minggu ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Takiyuddin sebelum ini turut memaklumkan pihaknya perlu mengemukakan draf tersebut kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pimpinan lain untuk membuat keputusan.

“Sama ada (mereka) setuju atau tidak.. dan kalau tidak setuju, apa yang perlu dibincangkan dan apa tindakan seterus­nya.

“Mereka (kerajaan) juga setuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa dengan kita, tetapi PN sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, satu jawatankuasa bersama antara kerajaan dan pembangkang akan dibuat sekiranya PN bersetuju dengan perjanjian yang dikemukakan dalam draf tersebut.

Draf itu dikemukakan susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang di­selesaikan segera.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoal tindakan kerajaan sama ada mahu menyalurkan peruntukan kepada mereka atau tidak.

Ini kerana jelas beliau, isu itu sudah berlarutan lebih dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini