SEBANYAK enam kejadian bencana alam di seluruh dunia yang berlaku selang hari dalam minggu ini menunjukkan bumi kini berhadapan ancaman perubahan iklim yang drastik dan berlaku pada bila-bila masa. Bermula banjir di Thailand, Sudan dan Indonesia serta Bangladesh, diikuti Taufan Shanshan di Jepun hingga menjejaskan kira-kira 250,000 isi rumah yang terputus bekalan elektrik. Terbaharu, banjir buruk di Gujarat, India dengan sekurang-kurangnya 28 terbunuh dan memaksa lebih 40,000 penduduk berpindah manakala…