Penunjuk perasaan pro-Palestin diharamkan pakai topeng

Penunjuk perasaan pro-Palestin diharamkan pakai topeng

SEORANG penyokong pro-Palestin memegang bendera Palestin ketika protes di City University of New York, pada 22 Julai lepas.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah wilayah di pinggir bandar New York meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pemakaian topeng, dengan tujuan menyembunyikan identiti penunjuk perasaan pro-Palestin yang membantah sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap perang Israel di Gaza.

Larangan pemakaian topeng akan meliputi sebarang bentuk protes awam, dan ianya menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Penggubal undang-undang di daerah yang dikuasai Republikan berkata, RUU itu bertujuan menghalang penunjuk perasaan yang didakwa terlibat dalam keganasan dan anti semitisme daripada menyembunyikan identiti mereka dan mengelak bertanggungjawab.

Peguam bela hak sivil melihat langkah itu sebagai satu pencabulan terhadap hak kebebasan bersuara.

RUU itu diluluskan kelmarin, dengan semua 12 anggota Republikan di badan perundangan daerah mengundi menyokongnya, manakala tujuh anggota Demokratik mengambil sikap berkecuali.

Ia menjadikan pemakaian topeng untuk menyembunyikan identiti di khalayak ramai sebagai salah laku yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda sebanyak AS$1,000 (RM 4,489).

Bagaimanapun, peraturan itu memberikan pengecualian atas alasan kesihatan atau perubatan serta untuk ‘tujuan agama dan budaya’.

“Melainkan seseorang mempunyai keadaan perubatan atau keperluan agama, mereka tidak seharusnya dibenarkan menutup muka mereka dengan cara menyembunyikan identiti mereka ketika di khalayak ramai,” kata Eksekutif Daerah Nassau, Bruce Blakeman.

Kesatuan Kebebasan Awam New York berkata, rang undang-undang tersebut adalah serangan terhadap kebebasan bersuara.

AS, menyaksikan protes selama berbulan-bulan termasuk di New York, sebagai membantah perang Israel terhadap Gaza, membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin setakat ini.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN