SEREMBAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan akan melaksanakan penguatkuasaan agresif ke atas ke semua pemegang lesen perniagaan termasuk peniaga pasar malam di negeri ini susulan larangan penggunaan beg plastik sekali guna, polisterina serta penggunaan penyedut minuman di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, penguatkuasaan itu diambil selepas satu tempoh yang panjang telah diberikan kepada setiap pemegang lesen…










