PUTRAJAYA: Seorang banduan akhir warganegara Nepal dipenjara 34 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana membunuh rakan senegara di sebuah asrama pekerja, sembilan tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian terhadap Sujan Dahal, 31, selepas membenarkan permohonan untuk menyemak hukuman mati yang diputuskan terhadapnya Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara…