Pegawai perolehan ATM ditukar setiap tiga tahun

Pegawai perolehan ATM ditukar setiap tiga tahun

KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengguna pakai sistem penggiliran setiap tiga tahun terhadap pegawai yang bertanggungjawab me­nguruskan perolehan dan penilaian berkaitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu supaya pegawai terbabit tidak kekal terlalu lama di bahagian sensisitif berkenaan.

Katanya, langkah itu juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menyarankan kerajaan meningkatkan tahap integriti isu perolehan dalam ketente­raan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang penting ialah kita mengikut saranan kerajaan bagi mereka yang berada dalam posisi yang menentukan spesifikasi aset tentera akan ditukar.

“Ini bagi memastikan tiada sesiapa pun yang kekal lama di posisi itu. Ini bermaksud setiap tiga tahun akan ada pertukaran dan kita akan lakukannya,” katanya pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini, semalam.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim bertitah supaya semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan tugas dengan jujur dan tidak ber­belah bahagi bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Titah Sultan Ibrahim, kedau­latan dan maruah negara akan tergadai jika amalan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM bertitah, baginda tidak memberi muka kepada mana-mana pegawai ATM yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan gagal melaksanakan amanah sebagai pegawai tentera.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, jenis aset yang akan diperoleh bergantung kepada peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan.

“Saya percaya kita punyai pelbagai jenis perolehan. Sebagai ‘supreme commander’, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sememangnya mempunyai akses perkara-perkara yang kita lakukan (dalam perolehan).

“Jadi kita sentiasa beri kerjasama kepada Seri Paduka Ba­ginda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini