PONTIAN: Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, Komuniti Perikanan Pulai Sebatang (MyKP) berjaya menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan cangkerang kerang yang pertama seumpamanya di negara ini. Pengerusi MyKP, Ismail Hassan, berkata, Jalur Gemilang berukuran empat kaki (1.2 meter) lebar dan enam kaki (1.8 meter) panjang itu dihasilkan menggunakan 2,458 cangkerang kerang dan 14 cangkerang siput. Menurutnya, projek itu bermula dengan menangkap (menyauk) kerang di perairan Pulai Sebatang seterusnya direbus dan dikeluarkan isinya. “Ia…










