Menang PRK, Awie terus santuni warga Nenggiri

Menang PRK, Awie terus santuni warga Nenggiri

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri) menyantuni dan bersarapan bersama penduduk di Sungai Asap A di Gua Musang, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie yang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri semalam terus turun padang menyantuni penduduk di kawasan Sungai Asap A dengan bersarapan bersama mereka di kedai kopi di sini hari ini.

Awie yang turun seawal pukul 7 pagi itu berbuat demikian sebagai tanda terima kasih kepada warga Nenggiri yang telah memberikan sokongan padu sehingga menang pada PRK itu.

“Alhamdulillah saya berterima kasih kepada semua yang mengundi dan memberi kemenangan kepada saya.

“Saya percaya mereka yang mengundi menyokong serta yakin dengan gerak kerja saya di kawasan ini yang dilakukan sebelum menjadi calon PRK lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Awie memberitahu, dia dan keluarganya masih lagi terkejut dengan kemenangan besar yang diperolehinya.

Katanya, kemenangannya adalah tanggungjawab besar yang harus dipikul bagi menjaga kebajikan rakyat di DUN Nenggiri.

“Saya turun ke gelanggang PRK ini dengan kekalahan 810 undi dan tetapi semalam memang cukup mengejutkan apabila menang dengan majoriti besar.

“Saya berterima kasih kepada anak muda yang memberi sokongan kepada saya dan ini adalah di luar jangkaan saya,” ujarnya.

Awie berkata, selain Sungai Asap A, dia akan berkunjung ke Sungai Asap B dan beberapa lagi kawasan bagi bertemu penduduk setempat hari ini.

Katanya, dia akan meneruskan rutin masuk kedai kopi untuk bertemu dengan rakyat Nenggiri.

Pada PRK Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh undian 9,091 undi manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN