SEREMBAN: Masyarakat khususnya di negeri ini tidak perlu ragu-ragu untuk membeli dan menikmati kupang dari perairan Port Dickson selepas analisis makmal menunjukkan ia sudah selamat dimakan. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, analisis makmal tersebut sudah dijalankan banyak kali dan mengambil masa beberapa bulan sekali gus menunjukkan ketelitian pihak berwajib sebelum larangan pengeluaran hasil kupang ditarik balik baru-baru ini. “Apabila sudah ada kajian dilakukan, masyarakat tidak perlu rasa waswas…










