Lelaki seludup 7.1 tan karkas daging babi ditahan

Lelaki seludup 7.1 tan karkas daging babi ditahan

SEBAHAGIAN karkas daging babi yang dirampas dalam serbuan di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menahan seorang lelaki dan merampas 7.1 tan karkas daging yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dalam serbuan di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat di sini pada Rabu.

Rampasan pukul 1.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota Pasukan Marin Kastam
Penguatkuasaan Pengkalan Kubor, JKDM Kelantan selepas menahan sebuah treler dalam keadaan mencurigakan.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati nilai barang rampasan dianggarkan berjumlah RM106,500.

Menurutnya, siasatan awal mendapati karkas daging khinzir tersebut dibawa masuk melalui pangkalan haram.

“Barangan itu kemudian dibawa menggunakan lori atau treler sebelum diedarkan ke pasaran tempatan di seluruh negara.

“Lelaki yang ditahan itu merupakan warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×