Lelaki Pakistan didakwa cuba bunuh Trump

Lelaki Pakistan didakwa cuba bunuh Trump

ASIF MERCHANT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki Pakistan yang mempunyai kaitan dengan Iran, didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan pegawai dan ahli politik Amerika Syarikat (AS) termasuk bekas Presiden, Donald Trump.

Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray berkata, Asif Merchant, 46, didakwa cuba mengupah seorang pembunuh upahan di New York untuk membunuh pegawai-pegawai dah ahli politik terkenal negara ini.

“Ini adalah konspirasi pembunuhan yang berbahaya,” katanya seperti dipetik agensi berita CBS.

Wray menambah, komplot oleh pihak asing untuk membunuh pegawai awam atau mana-mana warganegara AS, adalah ancaman kepada keselamatan negara dan akan ditangani dengan segala kekuatan dan sumber FBI.

Merchant yang tiba di negara ini pada April lalu dari Pakistan, ditangkap pada bulan lepas dan dipercayai pernah berada di Iran dalam tempoh waktu tertentu.

Sebaik tiba di AS, beliau didakwa menghubungi seseorang yang dipercayai boleh membantunya dalam komplot pembunuhan, namun individu yang tidak dinamakan itu kemudian melaporkan Merchant kepada polis.

Kawalan keselamatan untuk Trump yang juga calon Presiden Parti Republikan, dipertingkatkan dua bulan lalu selepas pihak berkuasa menghidu ancaman bunuh dari seorang warganegara Iran.

Bulan lalu, Trump cedera di telinga kanan dalam satu cubaan membunuhnya pada satu acara kempen di Butler, Pennsylvania. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN