Jangan banding Langkawi dengan Hatyai

Jangan banding Langkawi dengan Hatyai

TUGU burung helang yang menjadi mercu tanda pelancongan Langkawi di Dataran Helang, Kuah di Langkawi. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Perbandingan yang sering dibuat oleh pelbagai pihak antara Pulau Langkawi dengan lokasi pelancongan di Selatan Thailand khususnya Hatyai tidak adil terutamanya dalam aspek kos dan fasiliti di kedua-dua lokasi itu.

Menurut beberapa pemain industri pelancongan di Langkawi, persepsi menyatakan kos untuk melancong di pulau peranginan itu sebagai mahal atau tidak berbaloi berbanding ke Hatyai adalah tidak benar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Charters Sdn. Bhd., Datuk Alexander Isaac, Langkawi dan Hatyai adalah dua lokasi percutian berbeza untuk dikunjungi para pelancong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh bandingkan Langkawi dengan Hatyai, kalau nak buat perbandingan juga mesti dibandingkan dengan Bali atau Phuket sebab kalau pergi sana memang lebih mahal dari Langkawi.

“Sebenarnya kalau pelancong merancang perjalanan ke Langkawi dengan baik, mereka mampu dapat penginapan, makanan dan aktiviti lain pada harga yang murah dan berpatutan.

“Hatyai memang lokasi popular, tapi Langkawi ada pelbagai tempat menarik yang ditawarkan untuk keluarga berbanding Hatyai,” katanya ketika ditemui sempena Lawatan Media di sini, semalam.

Alexander yang juga Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi) mengingatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi untuk menggunakan khidmat ejen pelancongan berlesen bagi mengelak mereka tertipu atau menghadapi kesulitan di kemudian hari.

“Ada macam-macam tawaran dalam media sosial tapi bila datang tak macam yang digambarkan. Jadi pelancong gunalah ejen berlesen yang lebih selamat kerana kalau berlaku apa-apa mereka boleh buat aduan,” katanya.

Pengurus Hotel Adya Langkawi, Syed Muhammad Firdaus Syed Putra pula berpendapat, stigma kononnya kos pelancongan ke Langkawi mahal diwujudkan oleh pihak yang tidak faham mengenai pasaran di pulau peranginan itu.

Beliau berkata, Phuket dan Krabi di Thailand turut menawarkan harga penginapan yang mahal dan murah seperti ditawarkan oleh pengusaha di Langkawi.

“Di luar negara pun ada tempat yang mahal dan murah, kalau kata Langkawi semuanya mahal itu salah sebenarnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini