BAGAN DATUK: Penduduk Kampung Parit Satu, Sungai Sumun di Hutan Melintang di sini memohon kerajaan memperbaiki beberapa bahagian jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer di kampung itu yang mengalami kerosakan akibat mendapan tanah. Mereka mendakwa keadaan itu sudah lama berlaku hingga menyukarkan keluar masuk ke kampung selain merbahayakan keselamatan pengguna. Baharuddin Dalail, 59, berkata, jalan yang rosak itu merupakan laluan alternatif bagi kira-kira 300 penduduk Kampung Parit Satu dan Kampung Parit…










