BEIRUT: Israel melancarkan gelombang serangan udara di seluruh selatan Lubnan awal hari ini, yang didakwa sebagai tindak balas terhadap kumpulan Hezbollah. Pencerobohan berskala besar itu berlaku ketika Hezbollah mengaku melancarkan ratusan roket dan dron untuk membalas dendam terhadap pembunuhan salah seorang komander tertingginya, bulan lalu. Pertempuran sengit dua pihak itu mengancam kepada peperangan besar, yang akan mengheret Amerika Syarikat (AS), Iran dan sekutunya di seluruh rantau tersebut. Ia juga berpotensi…