Hias belakang rumah elak aedes biak

Hias belakang rumah elak aedes biak

PENDUDUK berganding bahu menghias lorong belakang rumah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Taman Semarak, Kuala Perlis, Perlis, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Semuanya bermula dengan membersihkan lorong di belakang rumah untuk mengelak pembiakan nyamuk aedes sebelum tercetus idea meng­hiasnya dengan Jalur Gemilang.

Hasilnya, lorong-lorong belakang rumah penduduk Taman Semarak, Kuala Perlis di sini terhias indah dengan kibaran lebih 1,000 Jalur Gemilang pelbagai saiz sekali gus menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Inisiatif tersebut mendapat kerjasama baik daripada 148 penduduk bagi mengindahkan tujuh lorong di belakang rumah mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Semarak, Asri Ahmad, 52, berkata, pada peringkat permulaan, penduduk hanya mengambil inisiatif membersih­kan lorong-lorong berkenaan untuk mengelak pembiakan nya­muk aedes.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kemudian memberikan idea untuk mengadakan pertandingan bagi mencantikkan lorong-lorong belakang rumah.

“Kami mula menghias lorong-lorong ini setelah mendapat kerjasama daripada penduduk bermula bulan lalu. Setiap lorong dikelola seorang ketua yang memantau kerja-kerja pembersihan dan mengindahkan lorong-lorong ini,” katanya.

Dalam pada itu, Asri berkata, penduduk taman berkenaan juga menggunakan wang sendiri menerusi kutipan secara bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×