Kekalkan program yang baik dilaksanakan kerajaan dahulu - Utusan Malaysia

Kekalkan program yang baik dilaksanakan kerajaan dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Ogos – Sultan Johor mengingatkan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negeri ini supaya mengekalkan mana-mana program yang baik dilaksanakan pentadbiran dahulu.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, program-program yang baik perlu ditambah baik dan tidak perlu dihentikan terus.

Baginda juga bertitah, setiap program yang akan dilakukan perlu dibincangkan dengan semua pihak yang terlibat bagi menghasilkan satu pelan tindakan dipersetujui bersama-sama.

“Fikirkan tentang kesan jangka panjang dan implikasi kewangan yang terlibat dan bukan hanya untuk meraih sokongan politik.

“Setiap Ahli Dewan juga hendaklah bersikap terbuka dan mendengar pendapat orang lain, bukannya terus menolak segala cadangan yang tidak selari dengan kehendak politik atau kepentingan diri,” titahnya.

Sultan Johor bertitah demikian semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×