Filipina fail bantahan diplomatik terhadap China

Filipina fail bantahan diplomatik terhadap China

KUMPULAN nelayan Filipina melepasi kapal Pengawal Pantai China di Scarborough Shoal yang menjadi satu daripada kawasan pertikaian di Laut China Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina akan memfailkan bantahan diplomatik kepada China berhubung insiden terbaharu melibatkan pesawat Tentera Udara di ruang udara beting Laut China Selatan.

Ketua tentera, Romeo Brawner berkata, negara itu akan meneruskan rondaan maritim di Laut China Selatan walaupun terdapat tindakan ‘berbahaya dan provokatif’ daripada Tentera Udara China, minggu lalu.

Tentera Filipina mengadu mengenai tindakan berbahaya oleh dua pesawat China yang menjatuhkan suar di laluan pesawat Tentera Udara Filipina yang sedang melakukan rondaan rutin di Scarborough Shoal pada 8 Ogos lepas.

Setiausaha Pertahanan, Gilberto Teodoro berharap China akan mematuhi undang-undang antarabangsa dan keperluan untuk meredakan ketegangan.

Semalam, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos berkata, tindakan China adalah tidak wajar, melulu dan menyalahi undang-undang.

Kedutaan China di Manila tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas.

Pada 10 Ogos lepas, Komando Tentera Pembebasan Rakyat China mendakwa, pesawat Filipina menceroboh secara haram walaupun diberi amaran berulang kali.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN