PEKAN: Seorang saksi menjerit meminta rakannya lari sebaik terdengar dentuman kuat sebelum ternampak lori laju merempuh rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin di Kampung Ketapang Hilir di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu menyebabkan penghuni rumah, Mohd. Waldon Faris Nasruddin, 21, dan kakaknya, Nurnazatul Fasiha, 32, meninggal dunia kerana kecederaan parah. Saksi berkenaan, Muhamad Nazran Mahdir, 20, berkata, ketika kejadian dia berada di beranda rumah tersebut…