Bukan saya hukum Ahli Parlimen Machang-Johari - Utusan Malaysia

Bukan saya hukum Ahli Parlimen Machang-Johari

Bersatu
Johari Abdul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat bukan hukuman yang dibuat oleh beliau.

Johari sebaliknya berkata, beliau melaksanakan tugas dan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Dalam konteks Machang, kerajaan memerintah yang mengusulkan dengan menggunakan kaedah satu lagi (penggantungan enam bulan) daripada beberapa kaedah yang dibenarkan oleh ‘standing order’.

“Kerajaan yang mengusulkan. Saya cuma mengendalikan. Bukan saya yang hukum beliau (Wan Ahmad Fayshal),” katanya pada sidang media selepas melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Johari memberitahu, Wan Ahmad Fayshal bukan inidvidu pertama yang berdepan dengan hukuman berkenaan.

Katanya, Tan Sri Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh antara Ahli Parlimen yang pernah berdepan hukuman berkenaan sebelum ini. termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi terpulanglah kepada kerajaan. Speaker cuma menjalankan tugas seperti termaktub dalam undang-undang.

“Akhirnya pergerakan itu mesti berlaku kerana kerajaan telah memutuskan untuk memasukkan usul itu ke dalam persidangan dewan,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan, Ahli Parlimen Machang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sedia membela diri sekiranya dipanggil terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pendedah surat layang yang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebelum digantung.

Beliau yang juga Ketua Armada Bersatu menegaskan surat yang didedahkan itu bukan fitnah sebaliknya aduan dalaman kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mahu bersubahat dengan penjualan saham MAHB kepada syarikat BlackRock.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN