Bertuah dilahirkan pada 31 Ogos 1957

Bertuah dilahirkan pada 31 Ogos 1957

NOORDIN Mokhtadi rasa bertuah dilahirkan tanggal 31 Ogos 1957.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: “Rasa sangat bertuah dilahirkan pada 31 Ogos 1957 ketika laungan kemerdekaan negara bergema 67 tahun lalu.”

Demikian kata Noordin Mokh­tadi, 67, antara rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tarikh keramat itu.

Kata Noordin, dia dilahirkan pada hari Rabu, 10 pagi di Chenderong Balai di sini, iaitu hari laungan merdeka oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra.

Noordin, pesara guru, menga­kui sangat bangga dan bertuah kerana setiap kali 31 Ogos, dia dapat meraikan dua hari istimewa serentak iaitu ulang tahun kelahirannya dan Hari Kebangsaan yang diraikan seluruh rakyat Malaysia.

“Biasanya setiap kali 31 Ogos, anak-anak buat majlis kenduri sempena ulang tahun hari lahir saya dan kami menghias rumah dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dilahirkan ketika negara mengisytiharkan kemerdekaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, semasa kecil, dia tidak mempedulikan keistimewaan ta­rikh lahir 31 Ogos 1957 dan hanya menyedari keistimewaan menjadi anak merdeka selepas meningkat dewasa.

“Ketika usia 10 tahun, barulah saya tahu betapa istimewanya ta­rikh lahir saya dan bersyukur dilahirkan pada tarikh itu,” katanya.

Menurutnya, antara pengalaman kemerdekaan yang tidak boleh dilupakannya ialah apabila dia bersama 50 individu lain yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957, di­raikan semasa sambutan Bulan

Kemerdekaan ke-50 pada 2007 di Menara Kuala Lumpur.

“Majlis itu turut dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sambutan hari jadi teramai anak merdeka,” ujarnya.

Itulah kenangan yang tak boleh saya lupakan terutama setiap kali sambutan Hari Kebangsaan.

“Selepas 17 tahun anak-anak merdeka diraikan, saya rindukan mereka yang dipilih hadir ke majlis tersebut dan jika ada kesempatan mahu berjumpa dengan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN