REMBAU: Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, penduduk Kampung Lada, Chengkau di sini tidak ketinggalan meraikannya menerusi aktiviti berkonvoi mengelilingi kampung sambil menyerahkan Jalur Gemilang dari rumah ke rumah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lada, Abdul Latip Alias berkata, ia menerusi Program Semarak Merdeka yang telah menjadi acara tahunan dianjurkan sejak tiga tahun lalu. “Tahun ini kami menampilkan konvoi sebuah kereta klasik jenama Datsun yang sudah berusia lebih 50…










