MUAR: Seorang bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen di negeri ini didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Walau bagaimanapun, tertuduh, Zainoor Juma’at, 45, yang juga Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Bayani Mohd. Nor. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menyentuh anggota badan remaja berusia 16 tahun…










