AS tarik balik larangan jual senjata serangan ke Arab Saudi

AS tarik balik larangan jual senjata ke Arab Saudi

JET pejuang F-15, bom GBU dan peluru berpandu dipamerkan semasa upacara ulang tahun ke-50 penubuhan Akademi Udara King Faisal di pangkalan udara King Salman di Riyadh, pada 25 Januari 2017.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden memutuskan untuk menarik balik larangan penjualan senjata serangan Amerika Syarikat (AS) kepada Arab Saudi.

Keputusan yang diumumkan oleh Jabatan Negara AS kelmarin, secara tidak langsung membatalkan dasar tiga tahun yang bertujuan menekan kerajaan untuk menamatkan perang Yemen.

Pegawai kanan mendakwa, Jabatan Negara menarik balik penggantungan terhadap pemindahan tertentu peluru berpandu udara ke darat kepada Arab Saudi.

“Kami akan mempertimbangkan pemindahan baharu berdasarkan kes demi kes selaras dengan Dasar Pemindahan Senjata Konvensional,” kata pegawai.

Minggu ini, pentadbiran Biden memberi taklimat kepada Kongres mengenai keputusannya untuk menarik balik larangan tersebut.

Salah satu sumber mendakwa, penjualan boleh disambung semula seawal minggu hadapan.

Di bawah undang-undang AS, perjanjian senjata antarabangsa utama mesti disemak oleh ahli Kongres sebelum ia dimuktamadkan.

Sebelum ini, penggubal undang-undang Demokrat dan Republikan mempersoalkan penyediaan senjata serangan kepada Arab Saudi dalam beberapa tahun terakhir, mengambil kira beberapa isu termasuk kesan kempen Arab Saudi terhadap orang awam di Yemen dan kebimbangan hak asasi manusia.

Namun, penentangan tersebut mereda berikutan pergolakan di Asia Barat melibatkan peperangan di Gaza serta perubahan dalam pengendalian kempen di Yemen.

Sejak Mac 2022, apabila Riyadh dan kumpulan Houthi memeterai gencatan senjata yang dipimpin PBB, tiada serangan udara Arab Saudi di Yemen dan tembakan rentas sempadan juga dihentikan.

“Kami mengambil perhatian langkah positif yang diambil oleh Kementerian Pertahanan Arab Saudi sejak tiga tahun lalu untuk memperbaiki proses mitigasi kemudaratan kepada orang awam, sebahagiannya adalah usaha jurulatih dan penasihat AS,” kata pegawai Jabatan Negara.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN