967 saman dikeluarkan dalam tiga operasi trafik di sekitar ibu negara - Utusan Malaysia

967 saman dikeluarkan dalam tiga operasi trafik di sekitar ibu negara

Antara penunggang motosikal yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang diadakan di sekitar Jalan Tun Razak di sini baru-baru ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 967 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melalui tiga operasi di sekitar ibu negara, malam tadi.

Operasi bermula 10 malam semalam hingga 5 pagi tadi melibatkan seramai 213 kekuatan yang terdiri daripada 184 anggota dan pegawai JSPT, 11 anggota narkotik, tujuh pegawai Jabatan Alam Sekitar dan 11 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Operasi tersebut dijalankan di Jalan Bangsar; Jalan Sultan Azlan Shah menghala Chow Kit; Jalan Sultan Azlan Shah menghala Sentul, Jalan Tun Razak menghala Ampang dan Jalan Tun Razak menghala Bulatan Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, operasi membabitkan Op Bersepadu, Op Mabuk dan Op Tutup di lima lokasi sekitar ibu negara.

Katanya, sebanyak 2190 motosikal dan 207 kereta telah diperiksa dalam operasi terbabit.

“Sebanyak 967 saman dikeluarkan iaitu 607 adalah saman trafik, 115 keping melibatkan saman JPJ dan 245 saman JAS manakala 29 kenderaan telah disita kerana melakukan kesalahan ubai suai struktur asal.

“Dalam operasi itu, seramai 21 individu telah ditahan melibatkan lapan tangkapan dadah manakala 13 lagi kesalahan mabuk,” katanya kepada pemberita selepas Op Bersepadu di Jalan Tun Razak di sini awal pagi tadi.

Menurut Azry Akmar, operasi tersebut dilakukan secara berkala ekoran pelbagai aduan diterima Polis Kuala Lumpur melibatkan pengguna jalan raya.

Tambah beliau, antaranya gangguan bunyi bising dan pemanduan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Justeru kita menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang ditetapkan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini