5,000 tan metrik durian Pahang dipasarkan ke luar - Utusan Malaysia

5,000 tan metrik durian Pahang dipasarkan ke luar

DUA kakitangan Jabatan Pertanian Pahang melihat buah Durian Premium Kampung (DKP) yang menyertai pertandingan di pekarangan Pejabat Pertanian Jerantut di Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 5,000 tan metrik durian Pahang dipasarkan ke luar negeri ini sehingga Jun lalu sekali gus memberi pulangan bukan sahaja kepada pekebun malah kerajaan negeri.

Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, Muhd. Rizal Baharom berkata, pihaknya sentiasa mencari Durian Premium Kampung (DPK) yang berkualiti untuk pasaran selain yang sudah dikenali umum antaranya seperti musang king, munthong dan IOI.

“Tujuan kita mengadakan pertandingan durian setiap musim untuk mendapatkan jenis durian kampung berkualiti, bermutu dan boleh dibawa keluar untuk pasaran

“DPK yang diusahakan oleh pekebun di luar bandar memang diakui berkualiti dan setimpal dengan harga di pasaran mampu menandingi durian klon yang terkenal di pasaran sekarang,” katanya sempena program Pertandingan DPK di pekarangan Pejabat Pertanian Daerah di sini.

Sempena pertandingan DKP daerah ini, Durian Bukit Kor yang dimiliki Che Noraizi Che Hat dari Kampung Anak Gajah muncul juara, manakala durian Tupai Keliling milik Ramli Mustapha dari Kampung Cengkuak di tempat kedua dan pemilik durian Bongkok Jinggau, Ismail Nazri Yusof dari Kampung Jinggau, Ulu Cheka di tempat ketika.

Menurut Muhd. Rizal, Jabatan Pertanian peringkat daerah menjadikan acara pertandingan ketika musim buah DKP untuk mencari klon yang terbaik yang diusahakan oleh pekebun supaya dapat diketengahkan ke pasaran tempatan dan luar.

“Setiap kali pertandingan, semua DKP yang berkualiti direkodkan untuk didaftarkan sekali gus kita dapat mempromosikan durian berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, pada yang sama pihaknya juga memperkenalkan baka baharu menerusi benih pokok yang boleh ditanam oleh pekebun untuk memperoleh hasil serta pendapatan bagi tempoh jangka panjang.

Katanya, Jabatan Pertanian berharap para pekebun dapat menghasil baka baharu DPK pada masa akan datang serta dapat diperkenalkan menerusi pertandingan tersebut setiap musim bagi tujuan komersial.

Ujarnya, buah durian yang terbaik juga mampu memikat pengunjung ke negeri ini antara agenda pengisian pembangunan sektor pelancongan berasaskan buah-buahan tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN