PETALING JAYA: Dianggarkan 41,000 kanak-kanak pelarian di negara ini berdepan keciciran pendidikan. Jika tiada pendekatan segera diambil, keadaan itu dikhuatiri boleh memburukkan masalah sosial. Daripada jumlah itu, hanya 34 peratus atau kira-kira 13,940 menerima pendidikan tidak formal. Ini berikutan terdapat hanya 16 daripada 150 pusat pembelajaran alternatif (ALC) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM). Pakar dan Ketua Pendidikan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Azlina Kamal berkata, kualiti pendidikan…










