DHAKA: Angka kematian akibat banjir kilat di wilayah timur dan tenggara Bangladesh, meningkat kepada 52 orang selepas 21 mayat ditemukan hampir reput semalam. Pegawai tempatan berkata, mayat ditemukan selepas air di beberapa bahagian di wilayah itu mula surut. Setiausaha Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, Ali Reza berkata, banjir sejak 21 Ogos menjejaskan 5.4 juta penduduk di 11 daerah timur dan tenggara, menyebabkan 1.2 juta keluarga terkandas. Keadaan itu memaksa puluhan…