BATU PAHAT: Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk mengesan suaminya yang hilang dan gagal dihubungi sejak lima hari lalu selepas keluar dari rumah dipercayai ke tempat kerjanya di Parit Jawa, Muar. Hasnah Hussin, 29, berkata, suaminya, Muhamad Faez Zainuddin, 33, keluar dari rumah mereka di Kampung Batu 17, Ayer Hitam-Muar kira-kira pukul 9 malam, 25 Julai lalu dengan menaiki kereta Kia Cerato berwarna kelabu gelap menggunakan nombor pendaftaran WA5152B. …










