NIBONG TEBAL: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berharap wakil rakyat yang terpilih nanti tidak ‘memilih bulu’ ketika memberikan bantuan kepada rakyat. Rata-rata pengundi berpendapat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik perlu adil tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang penerima kerana mereka amat memerlukan bantuan. Malah. pengundi turut berharap wakil rakyat baharu itu akan kerap turun padang bagi mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Seorang…