KOTA BHARU: UMNO perlu menjadi sebuah parti yang kekal disukai rakyat jika mahu kembali menerajui pentadbiran negara pada hadapan.
Ahli Majlis Kerja Tertingginya Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO tidak lagi boleh sekadar menjadi parti yang disukai oleh ahli semata.
Menurutnya, jesteru UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti yang benar-benar diakui baik di mata dan hati rakyat.
“Inilah cabaran yang ada dihadapan UMNO. Untuk mengukur sejauh mana UMNO berada di hati rakyat atau tidak lihatlah reaksi rakyat sewaktu pilihan raya.
“Sebagai sebuah parti politik pastinya matlamat kita ada mendapat kuasa. Kuasa datangnya daripada sokongan rakyat.
“Maka bagi membolehkan kita mendapatkan sokongan rakyat, kita mesti menjadi parti yang disukai dan dipilih oleh rakyat,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi entri laman sosial facebook miliknya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bachok di sini kelmarin.
Shamsul Anuar memberitahu, oleh itu UMNO mesti menjuarai kepentingan dan menjadi pembela kepentingan rakyat.
Katanya, jika berjaya memainkan peranan tersebut UMNO pasti akan dipilih oleh rakyat.-UTUSAN.










