Tidak keluar mengundi juga keputusan politik

Tidak keluar mengundi juga keputusan politik

Tidak keluar mengundi juga satu keputusan politik setiap pengundi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mewajibkan keluar mengundi setiap kali diadakan pilihan raya tidak perlu kerana tidak mengundi juga sebenarnya satu keputusan politik setiap pengundi.

Pensyarah Fakulti Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata, apabila pengundi tidak mengundi itu bermakna keputusan politik yang terletak di tangan rakyat.

Menurut beliau, walaupun orang ramai mempunyai kesedaran, namun, ada sesetengah golongan rakyat yang sudah kecewa dan tidak lagi berminat dalam politik.

“Saya fikir rakyat kita majoritinya ada keseda­ran politik. Tetapi, ke­belakangan ini, ada satu golongan rakyat yang sudah kecewa dan tidak lagi punya minat dalam politik,” katanya.

Penganalisis pilihan raya Dr. Manimaran Govindasamy pula berkata, cadangan mewujudkan undang-undang untuk mewajibkan rakyat keluar mengundi tidak perlu.

Menurut beliau, ini ke­rana keputusan tidak keluar mengundi juga mungkin akibat daripada sikap ahli-ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri berbanding rakyat.

“Sebab itu, rakyat Malaysia sudah mula bosan, muak dan kecewa dengan perjalanan politik dan kerajaan seka gus menyebabkan mereka memutuskan untuk tidak keluar mengundi.

“Ini kerana isunya bu­kan undang-undang peruntukan mandatori, te­tapi tindak-tanduk ah­li-ahli politik yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat dan pengundi secara serius. Ini satu tanda protes dan pengajaran kepada mereka (ahli politik),” katanya ketika dihubu­ngi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN