KOTA BHARU: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menganiaya anak tiri dengan mengurung mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di Kok Lanas, dua minggu lalu. Nor Hidayah Che Awang, 37, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Zulkifli Abllah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan. Wanita itu didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, iaitu anak tirinya sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala, badan dan muka mangsa.…