KUANTAN: Pahang buat pertama kalinya mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.03 bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 meningkat 0.06 mata berbanding 2.97 tahun lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md. Isa berkata, Pahang belum pernah mencapai GPS 3.0 sejak sistem baharu STPM diperkenalkan iaitu pada 2015. Bagaimanapun katanya, GPS Pahang pada tahun ini masih kekal mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPN) 2.84. Tambahnya lagi, bagi STPM 2023,…