Singapore Airlines, Scoot sambung semula penerbangan lalu ruang udara Iran

Singapore Airlines, Scoot sambung semula penerbangan lalu ruang udara Iran

SEBUAH pesawat Singapore Airlines diletakkan di landasan Lapangan Terbang Changi Singapura.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Syarikat penerbangan, Singapore Airlines (SIA) dan Scoot menyambung semula penerbangan melalui ruang udara Iran, lebih dua bulan setelah mengumumkan ia akan mengelak kawasan itu di tengah-tengah ketegangan di Timur Tengah.

Jurucakap SIA berkata, kedua-dua syarikat itu menyambung semula penerbangan di ruang udara Iran sejak 27 Jun lalu.

Pada 13 April, syarikat penerbangan tersebut menangguhkan penerbangan melalui ruang udara Iran sebagai ‘langkah berjaga-jaga’, dan menggunakan laluan penerbangan alternatif sebagai ganti.

“Kumpulan SIA sentiasa menyemak dan menentukan laluan penerbangan yang diambil oleh pesawatnya berdasarkan pelbagai faktor,” kata jurucakap SIA.

Ini termasuk keadaan cuaca, pertimbangan keselamatan, nasihat daripada badan antarabangsa dan serantau, pandangan daripada perunding keselamatan luar bebas serta sekatan peraturan.

“Keutamaan Kumpulan SIA adalah keselamatan pelanggan dan kakitangan kami,” katanya.

Scoot ialah anak syarikat tambang murah SIA.

Keputusan SIA sebelum ini untuk mengelak ruang udara Iran dibuat setelah Tehran berikrar melakukan tindak balas terhadap serangan udara Israel pada 1 April lalu.

Serangan itu memusnahkan sebuah bangunan diplomatik di Syria dan membunuh tujuh anggota elit Pengawal Revolusi Iran, termasuk dua jeneral.

Pada hujung minggu itu, Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke arah Israel dalam dalam serangan pertama di kawasan tersebut.

SIA mengumumkan pada 14 April bahawa ia akan mengelak melalui ruang udara Iran dan menggunakan laluan penerbangan alternatif, selain memantau rapat situasi di Timur Tengah.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×