Sharifah Azizah stabil, dalam pemantauan doktor - MB - Utusan Malaysia

Sharifah Azizah stabil, dalam pemantauan doktor – MB

ONN HAFIZ Ghazi (tengah) berbual dengan dua anak Sharifah Azizah Syed Zain di HEBHK, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Ahli- Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dalam keadaan stabil dan kini dipantau rapi oleh doktor di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keadaan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang itu semakin pulih, namun pada masa ini perlu berehat. 

Beliau turut berterima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan kesihatan Sharifah Azizah semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital malam tadi. 

“Sama-sama kita berdoa agar beliau kembali sihat seperti sebelum ini,” katanya ditemui selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi Sharifah Azizah yang ditempatkan di bilik ICU HEBHK.

Sebelum itu, anak keempat Sharifah Azizah, Nadia Abu Bakar berkata, keadaan ibunya bertambah baik berbanding ketika dirujuk ke hospital tersebut malam tadi. 

Ibunya dibawa ke hospital selepas memaklumkan berasa sesak nafas dan sebelum itu beliau telah dibenarkan keluar dari hospital pada siangnya setelah menjalani rawatan akibat masalah sama Sabtu lalu.

“Ibu dimasukkan ke hospital pukul 2 pagi tadi akibat masalah sesak nafas, keadaan dia sekarang stabil dan tidak membimbangkan. 

“Beberapa status yang dimuat naik berkaitan kesihatan ibu yang agak teruk adalah tidak benar dan diharap tidak menyebarkan berita-berita tidak betul dan tidak berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN