Setengah juta warga Israel ‘lari’ kerana konflik Gaza

Setengah juta warga Israel ‘lari’ kerana konflik Gaza

PENUMPANG menyemak papan jadual pelepasan di Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv, selepas penerbangan dibatalkan kerana serangan Hamas, pada 7 Oktober tahun lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Hampir setengah juta warga Israel meninggalkan negara itu selepas Tel Aviv melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran di Gaza.

Menurut data yang diterbitkan dalam Times of Israel, jumlah warga Israel yang meninggalkan negara itu kekal melonjak 285 peratus sejak 7 Oktober, tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor Berita Saluran 12, merujuk data daripada Biro Perangkaan Pusat (CBS).

Laporan itu berkata, ia menunjukkan penurunan ketara dalam bilangan pendatang Yahudi yang tiba di Israel.

Tinjauan kedua yang dijalankan Universiti Hebrew atas inisiatif Pertubuhan Zionis Sedunia pada Mac, mendedahkan 80 peratus rakyat Israel yang tinggal di luar negara tidak berhasrat untuk kembali ke negara tersebut.

Data daripada CBS menunjukkan ramai warga Israel yang mempunyai pilihan rumah kedua di luar negara memilih untuk berpindah ketika konflik semakin memuncak, bagi mencari keselamatan dan kestabilan di tempat lain.

Trend ini berbeza dengan dakwaan penyokong Zionisme yang berpendapat Israel adalah tempat perlindungan utama bagi orang Yahudi di seluruh dunia.

Sebaliknya, data menunjukkan kewujudan Israel dan dasarnya adalah faktor yang mendorong orang Yahudi mencari perlindungan di tempat lain, menonjolkan paradoks dalam naratif Zionis.

Terdapat juga peningkatan warga Israel yang berpindah ke luar negara pada bulan-bulan sebelum perang, ketika bantahan besar-besaran terhadap rancangan pembaharuan kehakiman kerajaan, dengan peningkatan sebanyak 51 peratus pada Jun hingga September 2023 berbanding tahun 2022.

Antara November 2023 hingga Mac 2024, seramai 30,000 warga Israel meninggalkan negara itu secara kekal, menandakan penurunan 14 peratus daripada tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Selain itu, terdapat penurunan 21 peratus dalam rakyat Israel yang kembali ke negara itu, dengan 8,898 pulang antara Oktober 2023 dan Mac 2024 berbanding 11,231 tahun sebelumnya.

Pergerakan orang Yahudi meninggalkan Israel mengancam keseimbangan demografi yang cuba dikekalkan pemimpin Zionis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×