MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia menuduh Ukraine dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) kerap melanggar perjanjian asas antarabangsa di bawah Konvensyen Senjata Kimia (CWC). Semasa operasi ketenteraan khas, Ukraine direkod menggunakan lebih 400 kali bahan kimia toksik yang tidak mematikan, dengan kebanyakan kes ini disahkan secara rasmi oleh makmal bertauliah Kementerian Pertahanan Russia. Perkara itu didedahkan Ketua Tentera Radiasi, Kimia dan Perlindungan Biologi Russia, Leftenan Jeneral Igor Kirillov menjelang Majlis Eksekutif Pertubuhan…










