BENTONG: Seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang di Felda Lurah Bilut di sini, pada 15 Julai lalu ditemukan di Triang, Bera dekat sini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, remaja itu, Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, ditemukan di stesen bas di Triang pada pukul 2.30 petang hari ini. “Gadis yang mempunyai ketinggian 165 sentimeter (cm) dan berat dianggarkan 60 kilogram (kg) bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang…










