KOTA BHARU: Pas membayangkan ada wakil rakyat dari parti-parti Kerajaan Perpaduan bakal menyertai mereka tidak lama lagi. Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia susulan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis sebagai ahli parti itu oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kelmarin. “Mungkin ada seorang atau dua orang lagi wakil rakyat dari parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan telah menyertai Pas tetapi…










