KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang dikesan mengambil kesempatan dengan menaikan harga makan dan barangan sepanjang berlangsungnya proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak lama lagi. Pengarahnya, Azman Ismail berkata, KPDN Kelantan akan melakukan pemantauan rutin sepanjang tempoh berkenaan bagi menggelakan peniaga mengambil kesempatan disebalik ‘kebanjiran’ orang ramai dan petugas parti…










