GUA MUSANG: Bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Sheikh Razali Hamad yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan semakin hampir dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos ini. Andainya itu tampak berasas, apabila beliau duduk sepentas bersama tokoh-tokoh besar PN semasa Ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia dan Pelancaran Jentera PRK Nenggiri di Markas Pas Limau Kasturi 2, di sini malam tadi. Tidak cukup…










