TANJUNG MALIM: Unit Skuba Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan operasi mencari bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 di sini. Barang seperti kad bank, alat solek dan pengecas telefon dikatakan antara barangan yang mahu dicari di sungai berkenaan, lokasi penemuan beg tangan milik mangsa kelmarin. Unit Skuba Forensik PDRM dengan kekuatan lima anggota tiba di sungai tersebut kira-kira pukul 11.14 pagi semalam.…










