Polis bongkar ‘kilang’ proses air ketum di kawasan belukar

Polis bongkar ‘kilang’ proses air ketum di kawasan belukar

LOKASI memproses ketum yang diserbu polis di Kampung Pek, Machang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Polis membongkar kegiatan memproses air ketum di kawasan belukar selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Kampung Pek di sini, semalam.

Serbuan pukul 11.30 pagi itu dilakukan selepas polis mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda berada dalam ke­adaan mencurigakan di kawasan belukar tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, hasil pemeriksaan me­nemukan dadah.

Menurutnya, pasukan serbuan kemudiannya dipandu arah oleh kedua-dua suspek dan menjumpai kawasan memproses air ketum.

“Kesemua barangan tersebut telah dirampas untuk tindakan lanjut. Jumlah keseluruhan daun disyaki ketum yang dirampas dianggarkan seberat 608 kilogram (kg).

“Pada masa sama, kita turut merampas 106 liter air ketum dan tiga biji pil dipercayai dadah dengan anggaran nilai keseluruhan RM13,265,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Shafiki memberitahu, saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, semakan turut mendapati salah seorang suspe mempunyai satu rekod lampau berkait kesalahan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek berkaitan barang kes yang dirampas.

“Permohonan reman dibuat di hadapan Majistret Machang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×