ALOR SETAR: Seorang pesawah rugi kira-kira RM10,000 berikutan bendang diusahakannya dicemari tumpahan susu getah daripada sebuah treler yang terbabas di Kilometer 41.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Hutan Kampung, Sabtu lalu. Menurut Muhamad Shafie, 65, kawasan bendangnya seluas 1.15 hektar kini bertukar warna kepada putih sementara tanaman padi yang baru dibaja menjadi kemerah-merahan akibat tumpahan itu. Malah katanya, tumbuhan lain di kawasan berhampiran seperti kangkung juga mati sekali gus memberi…










