MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah memeriksa 80 premis membabitkan 108 jenis perkhidmatan dan barangan dalam Op Kesan 2.0 Fasa Satu dan Dua setakat 20 Jun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, ia bertujuan mengesan unsur pencatutan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan Persekutuan. “Para peniaga diminta mengemukakan perincian maklumat caj yang dikenakan…










