Pendapatan sektor pelancongan Filipina meningkat

Pendapatan sektor pelancongan Filipina meningkat

PENGUNJUNG menikmati pemandangan di Bukit Coklat, yang terletak di tengah Pulau Bohol, di Filipina.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sektor pelancongan Filipina memperoleh pendapatan lebih AS$4.83 bilion (RM22.56 bilion) bagi separuh pertama tahun ini.

Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina merekodkan peningkatan 32.81 peratus daripada tempoh sama pada 2023, iaitu AS$3.64 bilion (RM17 bilion).

Menteri Pelancongan, Christina Frasco berkata, peningkatan itu akan menyumbang kepada lebih banyak peluang pendapatan untuk rakyat Filipinan yang akan meningkatkan ekonomi negara.

“Pendapatan yang dijana melalui pelancongan secara langsung diterjemahkan kepada lebih banyak peluang dan sumber pendapatan lebih baik untuk rakyat Filipina, mengukuhkan peranan kritikal yang dimainkan oleh industri ini dalam kemajuan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, DOT berkata, kedatangan pelancong ke negara itu setakat Rabu mencatatkan jumlah sebanyak 3.17 juta orang.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 2.9 juta adalah warganegara asing, manakala 236,401 adalah rakyat Filipina dari luar negara.

Menurut agensi itu, pelancong dari Korea Selatan adalah antara yang paling ramai melawat negara itu dengan 824,000, diikuti Amerika Syarikat (AS) dengan 522,000 dan China seramai 199,000 orang.

Ia diikuti oleh Jepun, Australia, Taiwan, Kanada, United Kingdom (UK), Singapura dan Malaysia.

Frasco berkata, DOT menjangkakan lebih ramai pelawat sehingga penghujung tahun ini.

“Pada separuh kedua tahun ini, kami menjangkakan jumlah ini meningkat bukan sahaja pada hasil yang dijana, tetapi paling penting bilangan warga Filipina yang bekerja dalam industri berkaitan pelancongan,” katanya.- THE PHILIPPINE DAILY INQUIRER

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×