Pemuda Palestin buka kafe internet di Gaza

Pemuda Palestin buka kafe internet di Gaza

KAFE milik Mohammed Kurayk yang dilengkapi kemudahan internet dan elektrik, boleh menampung sehingga 40 pengunjung.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang pemuda Palestin membuka sebuah kafe di Gaza yang menyediakan perkhidmatan elektrik dan internet kepada pelajar serta pekerja jarak jauh di wilayah perang itu.

Mohammed Kurayk, yang melarikan diri dari Rafah ke kawasan Al-Mawasi di Khan Younis, berkata beliau berusaha mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik dan internet selepas tiba di kawasan itu.

Berikutan semua kedai dan ruang kerja musnah dalam serangan Israel, Kurayk mengambil masa kira-kira sebulan untuk mencari lokasi sesuai bagi membuka kafe tersebut.

Kafe tersebut boleh menampung 40 pengunjung dan menjadi pusat perkhidmatan kepada pelajar, pekerja jarak jauh dan wartawan yang memerlukan elektrik serta kemudahan internet.

Salah seorang pengunjung kafe, Alaa al-Kabriti berkata, bayaran yang dikenakan adalah berpatutan, membolehkan pengguna bekerja dalam suasana yang kondusif.

Pereka grafik, Mohammed Al-Ampudi berkata, melalui kemudahan kafe tersebut, beliau boleh menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sejak serangan Israel.

Serangan Israel selama lebih sembilan bulan di Gaza melumpuhkan hampir keseluruhan wilayah itu, dengan sekatan meluas terhadap makanan, air bersih dan bekalan perubatan.

Sehingga kini, hampir 39,200 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menakala 90,400 yang lain cedera.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×